29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

299 peniaga dan penjaja alami kesulitan berjaja di kaki lima

ASMADI bersama salah seorang  peniaga yang terpaksa berniaga di kaki lima pasar sentral pagi kelmarin.


LABUAN: Dianggarkan kira-kira 299 peniaga kecil dan penjaja di Pasar Setral menghadapi kesulitan apabila terpaska  berniaga dikaki lima berikutan   penutupan pasar  sentral aras bawah yang  membabitkan pasar ikan,daging, sayuran dan buah-buahan  pagi ini (Selasa).

Difahamkan pasar sentral aras bawah diarah tutup sehingga esok (Rabu)  selepas wujudnya beberapa peniaga di kawasan berkenaan di kesan  positif COVID 19.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Sentral, Asmadi  Ahmad ketika menghubungi media mendakwa  pihaknya menerima notis penutupan singkat yang hanya dikeluarkan sekitar jam 10 pagi dan sebahagian besar peniaga tidak mengetahui mengenai penutupan tersebut menyebabkan kesemua peniaga terpaksa memindahkan barang jualan mereka ke kaki lima  Pasar Sentral.


Beliau berkata, sebelum ini Pasar Sental telah ditutup sebanyak dua kali iaitu pada 4 hingga 6 November dan 10 hingga 14 Disember  dan terbaru hari ini (Selasa) selama dua hari.


Namun akibat tidak menerima notis yang lebih awal menyebabkan pihaknya juga tidak dapat memaklum   notis   penutupan kepada peniaga juga lebih awal.

KAKI LIMA… seorang peniaga terpaksa  berniaga di kaki lima bagi mengelakkan  kerugian yang lebih teruk


“ Kami bersimpati dengan sebahagian besar peniaga  merupankan warga emas yang datang seawal jam 5 pagi untuk memulakan perniagaan,   terpaksa bersusah payah mengangkat semula  barang jualan  mereka ke kaki lima untuk meneruskan perniagaan  bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian” katanya.


Beliau menjelaskan  sebahagian besar peniaga dan penjaja  mengalami kerugian kerana tidak dapat menjual barangan yang di borong lebih awal kepada pengguna.


Dalam pada itu Asmadi  mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Labuan khususnya Bahagian Penguatkuasa yang membenarkan peniaga berniaga sementara di kaki lima  bagi mengelakkan nereka kerugian yang lebih teruk.


Bagaimanapun menurut Asmadi lagi, pihaknya risau sekiranya peniaga terus dibenarkan berniaga di kaki lima akan mendedahkan  risiko  jangkitan COVID 19 kepada orang lain.


ASMADI bersama salah seorang  peniaga yang terpaksa berniaga di kaki lima pasar sentral pagi kelmarin.


KAKI LIMA… seorang peniaga terpaksa  berniaga di kaki lima bagi mengelakkan  kerugian yang lebih teruk

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN