31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

2,328 petugas barisan hadapan Labuan telah divaksin

1VAKSINASI……Jainudin besedia untuk menerima suntikan sambil diperhatikan pengamal media yang lain.

LABUAN: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata seramai 2,328  petugas barisan hadapan yang melibatkan kakitangan kesihatan, hospital  dan agensi kerajaan  di bawah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah telah menerima suntikan dos pertama Vaksin COVID 19.

Turut menerima suntikan Vaksin Pfizer BioNTech fasa pertama di bawah Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan peringkat Labuan itu ialah pemimpin komuniti dan juga pengamal media.

“Kami berterima kasih atas kerjasama erat semua agensi kerajaan yang terlibat dalam  memastikan kelancaran pelaksanaan pemberian dos pertama selama lapan hari bermula pada 27 Febuari dan berakhir pada hari ini (fasa pertama),” katanya ketika ditemui di Pusat Imunisasi COVID 19 Klinik Membedai , dekat sini, pada Ahad.

SUNTIK….Suhaili menerima suntikan Vaksin sambil diperhatikan Dr Ismuni (liri sekali)

Menurut Dr Ismuni Labuan adalah antara negeri pertama yang melaksanakan pemberian vaksinasi di bawah PICK bermula 27 Feb, sehari selepas ketibaan vaksin itu dari Kota Kinabalu melalui Terminal Feri Labuan.

Mengenai situasi COVID19,  beliau berkata  sehingga kini sejumlah 456,535 individu telah menjalai saringan iaitu 425,328 pada tahun lalu dan 31,207 individu setakat tahun ini.

Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 2,264 dengan lima kes aktif dan 13 kematian.

Dalam pada itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin dan  wartawan  Iffah Dilaney antara yang menerima dos pertama vaksin  di  hari terakhir (fasa 1) itu pada Ahad.

Fasa kedua vaksinasi (melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan  Orang Kelainan  Upaya (OKU) dijadual pada April, sebaik selepas pemberian dos kedua selesai dan fasa ketiga (bagi kumpulan berusia 18 tahun dan ke atas) dijadual dari Ogos hingga Februari tahun depan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN