26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PKPP UMS MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN KOMUNITI MEMULIHARA WARISAN BUDAYA MUZIK BAMBU DAN ALAM SEKITAR

Azrul Syahmie Bin Kaimi

Oleh: Dr. Jurry Foo
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

AZRUL SYAHMIE BIN KAIMI adalah ahli komuniti Suara Bulu Perindu Kundasang (SBPK) yang merupakan kolaborator Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang membangunkan Taman Budaya dan Inovasi Kundasang (TABIK), Ranau, Sabah melalui projek penyelidikan akar umbi di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Beliau merupakan anak kelahiran Kundasang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang muzik bambu di bawah bimbingan mentor muzik En. Kowasin Watiman.TABIK mempunyai peranan yang penting dalam menjadi pusat pemuliharaan warisan budaya muzik bambu dalam Galeri Mini Perindu di samping memulihara budaya penggunaan tumbuhan dalam kalangan masyarakat tempatan yang diselia oleh mentor budaya Puan Mariana Taliban di Taman Botani TABIK.

Usaha menjayakan TABIK memerlukan peningkatan keupayaan komuniti bukan sahaja dari segi bakat tetapi juga dari segi pengetahuan dan penguasaan kemahiran muzik secara formal. Menyedari kepentingan pendidikan muzik secara formal, UMS melalui Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) memberikan peluang kepada Saudara Azrul menimba ilmu sebagai jurulatih sambilan kursus Rekacipta muzik bambu di pusat tersebut sebelum mendaftar sebagai pelajar sarjana. Usaha ini diyakini dapat memperkasakan keupayaan komuniti dalam melakukan kajian, dokumentasi dan pemuliharaan warisan budaya dan alam sekitar dengan lebih sistematik.

Dr.Jurry Foo

PKPP berharap agar Azrul dan menjadi pelopor sebagai jurulatih muzil bertauliah yang seterusnya akan menurunkan ilmu pengetahuan dan kepakaan kepada komuniti malalkui TABIK kelask. Ini juga menjadi inspirasi kepada generasi muda yang lain untuk mendalami bidang ini dan seterusnya merubah persepsi yang menganggap bahawa muzik hanyalah hiburan semata-mata.

Azrul cuba untuk mengetengahkan inovasi alat muzik tradisional terutamanya alat muzik bambu melalui kerjasama yang telah saya buat bersama salah seorang pencipta alat muzik bambu. Menurut beliau inovasi alat muzik  merupakan idea baru dalam penciptaan alat muzik. Ia boleh melibatkan inovasi sama ada dari segi rupa bentuk, corak, bunyi dan fungsi ataupun gabungan kesemuanya. Pada era moden ini, kebanyakan inovasi dilakukan untuk menjadikan alat muzik relevan untuk digunakan dalam persembahan kerana kebolehan alat muzik ini untuk memainkan lagu-lagu pop terkini dan bukan sahaja lagu-lagu tradisional.

PKPP UMS yakin pemerkasaan komuniti adalah satu cara untuk merealisasikan tanggungjawab UMS sebagai univesiti yang sentiasa prihatin terhadap masyarakat. Oleh itu pusat ini akan terus memjadi tulang belakang kepada misi dan visi UMS secara berterusan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN