Para peserta bersama kapal yang dinaiki dilepaskann menuju kepulauan Spratly Layang Layang pada Selesa.
LABUAN: Seramai 212 peserta Cabaran Memancing Laut dalam dari luar dan dalam negara memulakan cabaran sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2025.
Kesemua peserta yang berstarus professional dan amatur itu dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukuran Mohd Taib di Jeti Marina Awam di sini, pada Selasa.
Mohd Sukuran berkata, daripada jumlah itu 40 peratus merupakan peserta dari luar negara melibatkan Hong Kong, Singapura dan Amerika Syarikat.
“Pemancing yang datang bukan sahaja untuk bertanding tetapi juga membawa keluarga dan rakan rakan untuk menerokai keindahan dan budaya Labuan, biodiversiti marin dan keenakan makanan tempatan” katanya.
Sukuran berkata, sejak diperkenalkan pada tahun 1997 Cabaran Memancing Laut Dalam menjadi tarikan utama bagi pemimat memancing dari seluruh dunia dan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan Labuan sebagai destinasi pelancongan ekologi serta Sukan.
Sementara itu, pihak penganjur telah menyediakan sebanyak 22 buah kapal untuk membawa para peserta menuju ke lokasi memancing di kepulauan Spratly Pulau Layang Layang kira 160 batu nautika dari Labuan.
Pertandingan Memancing Laut Dalam yang menyediakan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 itu merupakan salah satu dari empat acara utama LISC yang akan berakhir pada 27 April depan.
Sementara itu acara kemuncak LISC ialah pameran hasil tangkapan ikan ikan terbaik dengan bentuk saiz yang agak luar biasa.



