27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

2,100  individu berdaftar e-kasih terima terima bantuan MyBeras.

Gambar:SERAH… Khalid (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan MyBeras kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan Mohd Dzulfaizal (dua kiri) dan Hadnan (tiga dari kanan)

LABUAN: Seramai 2,100  individu yang berdaftar dengan e-kasih  menerima bantuan beras di bawah Program MyFood @Wilayah (MyBeras) yang dilaksanakan penyerahannya oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan.

Majlis simbolik pemyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Khalid Abdul Ghani mewakili Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias di Desa Tunas Hijau, Sungai Miri pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan dan Timbalannya, Haji Hadnan Mohamad.

Khalid ketika ditemui media berkata, bantuan MyBeras  merupakan  salah satu inisiatif tambahan Program MyFood@Wilayah untuk membantu meringankan beban golongan sasar  yang  berdaftar dengan E-kasih.

Beliau turut menzahirkan  penghargaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri  Dr Shahidan Kassim atas keprihatinan  untuk membantu  warga Labuan khususnya  penerima bantuan tersebut.

 “Saya bagi pihak warga Labuan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim  kerana Labuan tidak dipinggirkan daripada menerima bantuan dan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan sasar” katanya.

Sementara itu, Mohd Dzulfaizal berkata, bantuan MyFood @Wilayah (MyBeras)  akan dilaksanakan selama lima bulan bermula pada April sehingga Ogos yang diagihkan  satu kampit beras  (10kg)   setiap bulan kepada 2,100 penerima.

“Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menyelaras pengagihan bantuan MyBeras  kepada 2,100 penerima  yang akan menerima satu kampit beras (10kg) setiap bulan  untuk tempoh  lima bulan” katanya.

Katanya, Kementerian Wilayah melalui Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah memperuntukan lebih 10,000 kampit beras  untuk diagihkan kepada penerima yang tersenarai dalam program E-kasih.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN