HADIR… Bashir (dua dari kiri ) bersama Suresh (tiga dari kiri), Yusop (dua kanan) dan Ismail (kanan sekali).
LABUAN: Seramai 200 bekas pelajar SMK termasuk bekas guru yang pernah berkhidmat menabur bakti menghadiri Majlis Re-Union sempena 100 tahun SMK Labuan yang berlangsung di Hotel Tiara Labuan dekat sini, pada Sabtu.
Mereka yang hadir memeriahkan majlis itu adalah bekas pelajar dan bekas guru SMK Labuan tahun 1982 hingga 1991.
Majlis gilang gemilang itu turut dimeraihkan dengan kehadiran tetamu khas Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Pengerusi HAWA Labuan, Hajjah Fauziah Datuk Mohd. Din, Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin Mohd, Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusop Muhammad dan Pengetua SMK Pantai, Ismail Abdullah dan Pengetua SMK Labuan, Mohd Nazim Yassin.
Selain itu, persembahan hiburan artis jemputan, Bintang RTM 2007 Reyhana Yunus dan Bintang Gegar Vaganza 2014, Hasnol Hassan Arif turut memanaskan suasana majlis apabila mereka berjaya mengegarkan hadirin untuk sama sama menyanyi dan menari pada majlis itu.

BEKAS pelajar SMK Labuan yang hadir pada majlis tersebut.
Turut diadakan pada majlis itu ialah cabutan bertuah yang menyediakan lebih 100 hadiah.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Suresh Muniandy menzahirkan rasa terima kasih diatas sokongan bekas pelajar SMK Labuan Tahun 1982-1992 yang sama sama hadir memeriahkan majlis tersebut.
“Saya amat bebesar hati atas kehadiran bekas pelajar SMK Labuan khususnya mereka yang menuntut pada tahun 1982 hingga 1992… mereka ini ada yang sanggup datang dari jauh Semananjung dan Sabah |semata mata mahu bertemu dengan rakan-rakan satu sekolah yang sudah lama tidak ditemui” katanya.



