24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

20 wanita sertai kursus ‘Makeup & Facial’

Oleh: Salwah Aramat / Admin: Johnny Gampawi

RANAU: Seramai 20 peserta terdiri kaum wanita daerah ini menyertai kursus solekan dan penjagaan kulit muka ‘Facial & Makeup’ anjuran Usahawan Wanita Ranau dengan kerjasama Kolej Komuniti Tambunan baru-baru ini.

Kursus sehari bertempat di Dewan Mini Kg. Sinarut Baru itu dikendalikan pembimbing  berpengalaman, Siti Marlinah Wasin dan Hainah Pensin, seorang pengamal kecantikan dan usahawan ‘Mary Kay’.

Para peserta merakam gambar bersama Daini (dua kanan) selepas penyampaian sijil

sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan cara-cara penjagaan dan rawatan kulit muka termasuk cara solekan yang betul.

Kursus julungkali diadakan itu telah dirasmikan penangguhannya oleh Pengerusi Usahawan Wanita Ranau, Daini Radani.

Daini dalam ucapannya, antara lain menyarankan kepada para peserta (wanita) supaya bijak memanfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang kursus.

Katanya kaum wanita harus bijak memilih produk penjagaan kulit muka serta produk kecantikan yang bersesuaian agar sentiasa kelihatan cantik dan berseri selain tidak memberi kesan buruk pada kulit.

Daini Radani

Menurutnya, Keterampilan diri seorang wanita perlu agar sentiasa anggun pada pandangan mata orang luar dan bagi yang sudah berkahwin, penampilan diri yang menarik sangat penting khususnya di mata suami sendiri.

Beliau turut menyifatkan kursus itu sebagai salah satu usaha untuk mendekati kaum wanita luar bandar bagi memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baharu sekali gus boleh
menjana pendapatan keluarga jika diusahakan bersungguh-sungguh.

“Syabas dan tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengadakan kursus seumpama ini yang banyak memberi manfaat kepada kaum wanita khususnya,”  kata Daini.

Turut berucap pada majlis penangguhan ialah wakil Kolej Komuniti Tambunan, Edna Embon. Majlis berakhir dengan penyampaian sijil Kehadiran kepada peserta yang disempurnakan Daini Radani.-END

Tiga peserta kursus memperlihatkan wajah mereka selepas disolek.
Daini (kiri) menyampaikan Sijil Kehadiran kepada salah seorang peserta kursus.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN