29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

20 pendatang asing dicekup Imigresen Labuan dalam Ops Gegar Sasar

Sebahagian pendatang asing yang diperiksa dalam Operasi tersebut.


LABUAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Wilayah Persekutuan Labuan menahan 20 pendatang asing dalam satu Ops Gegar Sasar yang di jalankan serentak di seluruh negara, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Reymond Entalai berkata  operasi lebih satu jam itu dilaksanakan di tiga kawasan tapak pembinaan sekitar Labuan.

“Sepanjang operasi itu anggota Penguatkuasa Imigresen telah memeriksa 48 individu dan  hasil pemeriksaan itu 20 daripadanya di tahan atas kesalahan   di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan Peraturan Imigresen 1963” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya mereka yang ditahan itu membabitkan 16 lelaki warga Filipina, tiga lelaki warga Indonesia dan seorang wanita warga Filipina berumur antara 17 hingga 60 tahun.

Raymond berkata seramai 22 Pegawai Penguatkuasa Imigresen, dan masing masing lima anggota polis dan Pegawai Jabatan Pendaftaran Wilayah Persekutuan Labuan terlibat dalam operasi itu yang diketuai oleh  Ketua :Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Shufandy.

Sementara itu katanya, sepanjang tahun ini, Jabatan Imigresen Labuan telah mengadakan 42 operasi melibatkan 522 individu telah diperiksa dan 47 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1859/1963.



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN