26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Oktober 30, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

183 PELAJAR 3 NEGARA SERTAI PROGRAM STEM EXPLORATION CAMP ANTARABANGSA.

Sebahagian peserta bersama guru Dan Pegawai tadbir sekolah yang menyertai STEC Exploration Camp


Oleh : Francis Andin

KUALA PENYU: Seramai 184 pelajar dari 3 buah negara Malaysia, Brunei dan Indonesia menyertai program STEM Exploration Camp Kuala Penyu 2024 peringkat Antarabangsa di Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok dekat sini baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama 3 hari itu, dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Sabah ,Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Jabatan Pendidikan Sabah, Pejabat Pendidikan Kuala Penyu.

Turut menjayakan program tenaga pengajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent , IPGM Kampus Keningau, Universiti Malaysia Sabah dan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Sabah.

Program dirasmikan oleh Dr Mohd Azam Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesinalisme merangkap Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia , Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau mewakili YB Menteri Pelajaran Malaysia Fadhlina Sidek. Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin, Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah Sektor Pembangunan Murid, Tuan Muddin Beting dan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Dr Suntik Tuin.

Sebahagian peserta dari luar negeri yang menyertai STEC Exploration Camp Antarabangsa di SK Pekan Menumbok Kuala Penyu

Terdahulu berucap dimajlis itu, Mohd Azam berkata program STEM Exploration Camp antara pendekatan yang tepat pada masa ini dalam menyediakan generasi pelajar sejak awal lagi di sekolah Rendah dalam memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi dan kejuruteraan sebelum melangkah ke peringkat sekolah menangah kelak. Katanya negara amat memerlukan lebih ramai tenaga mahir pada masa ini juga akan datang terutama dalam bersaing dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat diseluruh dunia.

Sementara itu, Yang Dipertua PGBM Sabah yang juga Guru Besar SK Pekan Menumbok yang menjadi pengelola Program berkata , jalinan kerjasama dan sokongan penuh kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri sabah YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi khususnya YB Datuk Dr Haji Ariffin Arif atas sokongan berterusan yang tidak berbelah bahagi dalam memajukan bidang pendidikan di negeri ini termasuk memberikan bantuan dana kewangan.

“ Kami menghargai usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkenalkan pelbagai program dan insentif yang bertujuan untuk memperkasakan pendidikan, amat banyak bantuan yang di salurkan untuk bidang pendidikan seperti BAGUS, BISBAH, BISTARI, BUDI, BAIK, SUBFLY, BALKIS,BANTU dan sebagainya, kita yakin usaha ini memberikan manfaat kepada pelajar juga kepada masyarakat keseluruhanya”katanya.

Program dimerihakan lagi dengan pelbagai aktiviti antaranya sesi ceramah STEM, Pameran Inovasi STEM, Perkongsian Pintar Inovasi STEM sekolah-sekolah sekitar negeri ini dan juga persembahan budaya antara 3 negara dan penyampaian sijil pengiktirafan penyertaan kepada pelajar dan Guru serta para penceramah jemputan.
-Ends.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN