26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

183 ahli PKR cabang Beaufort yang masuk Warisan bukannya tiga orang, kata Abdullah Okin

BUKTI…Abdullah (empat dari kanan) menerima senarai ahli yang keluar PKR dan menyertai Warisan.


BEAUFORT: Seramai 183 orang telah keluar Parti Keadilan Rakyat di Cabang Beaufort terutama sekali di kawasan Dewan Undangan Negeri Klias, kata bekas Bendahari Cabang itu, Abdullah Haji Okin.
 
“Adalah tidak tepat hanya tiga orang saja yang menyertai Warisan ketika saya menyerahkan borang dan senarai mereka yang menyertai Warisan kepada presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal dalam perjumpaan kami baru-baru ini,”kata bekas Ketua Penyelaras PKR DUN Klias itu.
 
Menurut Abdullah selain beliau, isteri dan anaknya yang memegang jawatan di Cabang PKR Beaufort terdapat 180 orang lagi ikut serta dan telah meletakkan jawatan dari PKR  untuk menyertai Warisan tetapi hanya 28 senarai nama yang diserahkan kepada Shafie semasa perjumpaan itu.
 
“Saya ada senarai nama-nama mereka itu dan mereka telah menyatakan keluar PKR dan menyertai Warisan,”tegasnya sebagai mengulas kenyataan Ketua Cabang PKR Beaufort, Dikin Musah yang mengatakan hanya tiga saja pemimpin dalam cabang itu keluar PKR.

MASUK WARISAN…Abdullah (dua kanan) menyerahkan borang-borang keahlian kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal  bersama borang-borang bekas ahli PKR yang keluar parti itu


 
Abdullah berkata apa yang dinyatakan oleh Dikin adalah kurang tepat kerana bukan saja beliau selaku Bendahari Cabang, isteri salah seorang AJK Cabang dan anak sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK) tetapi ramai AJK yang menang dan dilantik juga telah keluar PKR dan menyertai Warisan.
 
Beliau juga menafikan kenyataan Dikin bahawa perjumpaan itu untuk melobi beliau sebagai calon adalah tidak tepat kerana kita tahu sebarang keputusan menentukan calon adalah Presiden Warisan itu sendiri.
 
“Kita datang dan bertemu dengan Presiden hanya semata-mata untuk menyertai Warisan dan memberikan sokongan parti itu di kawasan Klias dan tidak ada kaitan tentang calon,”katanya.
 
Mengenai nama Malek Yusof kononnya salah seorang yang turut menyertai Warisan, Abdullah berkata beliau sendiri tidak tahun dari mana datangnya nama itu dan kita tidak ada nama yang disebut oleh Dikin itu.
 
Abdullah yang juga bekas calon Parti Cinta Sabah (PCS) dalam pilihan raya yang lalu  berkata dengan penyertaan bekas-bekas ahli PKR ini, kekuatan Warisan di Klias semakin mantap dan dapat memberikan saingan dalam Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
 

 


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN