Para penerima Watikah Perlantikan merakam gambar bersama Masidi dan jemputan lain.-Foto: Salwah Aramat
RANAU: Seramai 18 Ahli Majlis Daerah Ranau (AMDR) Sesi Tahun 2020-2022 telah mengangkat sumpah serta menerima watikah pelantikan masing-masing di sini pada Sabtu.
Penerimaan watikah diketuai Asmin Nasir disusuli 17 penerima lain iaitu Mohd Jamian Abd Manan, Rosdi Abd Ghani, Jalisa Nasiri, Suzani Gipul, Kasinin Basir, Satile@ Azizan Sarungin, Arimin Moidi, Fedrin Tuliang, Datin Dr Lungkiam Dambul, Kong Soon Choi, Chong Peck Hing, Lajim Ab Momen, James Jaibi, Fareha Wasli, Japiril Suhaimin, Malakim Gapang dan Tham Yen Enn.

PENGHARGAAN…Jupirin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Masidi.- Foto: Salwah Aramat
Majlis yang berlangsung di Dewan Tinompok, Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (Adun Karanaan), Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, seterusnya menyampaikan watikah perlantikan kepada para penerima.
Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir (Adun Paginatan), Adun Lantikan, Datuk Amisah Binti Yassin, Ketua pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda, Pegawai Daerah Ranau merangkap Pengerusi MDR, Mohd Yassin Ibrahim dan Pegawai Eksekutif MDR, Jupirin Haji Ruhimin.-end