26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 3, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

17 Pembantu Menteri Sabah Angkat Sumpah, Enam ADUN Dilantik Terima Watikah

ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam, antara yang menerima watikah

KOTA KINABALU: Seramai 17 Pembantu Menteri Negeri Sabah mengangkat sumpah jawatan manakala enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik menerima watikah pelantikan dalam satu majlis penuh istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Istiadat itu disempurnakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman, dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama barisan jemaah Kabinet Negeri.

Pelantikan berkenaan melibatkan wakil daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) serta ADUN Bebas, sebagai sebahagian usaha memperkukuh struktur pentadbiran negeri.

Antara yang mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri ialah ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pitas, Dato’ Sri Ruddy Awah; ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih; ADUN Labuk, Datuk Samad Jamri; ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam; ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding; dan ADUN Telupid, Datuk Jonnybone J. Kurum.

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim; ADUN Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong; ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan; ADUN Kukusan, Datuk Rina Zainal; ADUN Bandau, Datuk Dr. Maijol Mahap; ADUN Tanjong Batu, Dr. Andi Md. Samsureezal; ADUN Tulid, Jordan Jude Ellron; dan ADUN Bingkor, Mohd. Ishak Ayub. Datuk Ceasar Mandela Malakun turut mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri mewakili ADUN Dilantik.

Majlis sama turut menyaksikan pelantikan enam ADUN Dilantik iaitu Datuk Mohamed Razali Mohamad Razi; Datuk Haji Abdul Kassim Razali; Datuk Ir. Chin Shu Ying; Datuk Ceasar Mandela Malakun; bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin; dan Puan Grace Lee Li Mei.

Pelantikan ini dilihat sebagai satu langkah penting bagi memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri serta memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan di Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN