ADVERTISEMENTspot_img

17 individu warga asing dikompaun langgar arahan kuarantin

DR, ISMUNI…Individu yang dikenakan kuarantin perlu patuh arahan elak daripada kompaun.

LABUAN: Seramai 17 individu warga asing dipercayai pekerja kapal kargo  masing-masing dikompaun RMM1,000  kerana melanggar arahan kuarantin 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas didapati membeli belah  di sebuah pasaraya di sini pada Selasa.

Kesemua mereka membayar kompaun tersebut selepas siasatan kes dilakukan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, sebelum ini pihak Jabatan Kesihatan Labuan menjalankan siasatan selepas tular di aplikasi Whatsapp foto beberapa individu yang  memakai ‘gelang kuarantin’ sedang membeli-belah di pasar raya tersebut.

Beliau berkata, laporan mengenai tindakan mengingkar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) itu diterima beberapa minit selepas mereka dikesan membeli barangan makanan di pasar raya tersebut.

“Jabatan Kesihatan Labua telah mengambil tindakan segera menjalankan siasatan dan mendapati 17 individu berkenaan telah  melanggar HSO dengan mengunjungi premis perniagaan dan berada di tempat awam ketika masih di bawah arahan kuarantin.

“Semalam, mereka menjalani kuarantin hari ke-12 di beberapa hotel yang diwartakan dan dijadual menjalani ujian COVID-19 kedua pada hari berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Dr Ismuni menasihatkan orang ramai terutama yang menjalani kuarantin supaya tidak menanggalkan gelang tangan tag kuarantin serta mematuhi PKPB kerana pandemik COVID-19 masih belum berakhir. – https://borneodailybulletin.com/

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN