USTAZ Md. Fadli mencubakan seluar raya kepada salah seorang anak keluarga asnaf sambil diperhatikan Mohd Radzaleih (berdiri sebelah kiri) dan ayah keluarga asnaf (kanan sekali)
LABUAN: Seramai 17 buah keluarga yang melibatkan 100 orang asnaf menarik nafas lega apabila mereka mampu memakai pakaian baharu Aidilfitri tahun ini menerusi Program Rahmah Ramadan MAIWP “Sinar Aidilfitri” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.
Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadli Md Saad berkata seramai 100 golongan asnaf terpilih daripada 17 buah keluarga telah di bawa ke sebuah pasaraya untuk memilih sendiri pakaian keperluan raya bernilai RM300 setiap seorang.
“17 buah keluarga asnaf ini dipilih daripada kalangan penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP melibatkan peruntukan sebanyak RM30,000.00.
“Setiap seorang diperuntukan sebanyak RM300.00 sumbangan Wakalah (RM200) dan MAIWP (RM100) untuk membeli kelangkapan pakaian raya” katanya ketika ditemui pada program tersebut di pasaraya Utama Jaya Superstore, dekat sini, pada Ahad.
Md Fadli berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban sekaligus menyemarakkan keindahan serta keceriaan kepada asnaf yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Turut sama menyantuni keluarga asnaf, Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Radzaleih Matusin, Timbalan Pengurus Pengurusan MAIWP Labuan, Mohamad Ruzaimi Ibrahim, dan Ketua Unit Pembangunan Asnaf, Us. Mohd Syukur Norfini, serta para pegawai dan kakitangan MAIWP Labuan.