27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

15 peserta  sertai Bengkel Asas Kewartawanan

TAHNIAH… para peserta Bengkel Asas Kewartawanan  bergambar kenangan bersama Mohd Dzulfaizal (dua kanan),  Rasil (kanan sekali), Jainudin (dua kiri) dan Jailani.

LABUAN: Seramai 15 peserta yang terdiri daripada pegawai komunikasi korporat kerajaan, swasta  dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) menyertai Bengkel Asas Kewartawanan  di Kompleks Komunikasi Multimedia  Malaysia (KKMM) dekat   sini, pada Sabtu.

Bengkel anjuran bersama   Persatuan Penggiat Media Labuan dan   Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan   dikendalikan oleh Ketua Biro BERNAMA Wilayah Persekutuan Labuan, Jailani Hassan.

Bengkel separuh hari itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai ilmu asas kewartawanan selain membantu  peserta meningkatkan mutu penulisan khususnya dalam bidang kewartawanan” katanya.

Sementara itu salah seorang peserta Zyee F. Dullie  yang ditemui turut teruja kerana berpeluang menghadiri bengkel tersebut.

“Saya berharap  bengkel susulan akan dapat diadakan sebagai usaha melahirkan pengamal media dan juga pegawai perhubungan media yang lebih professional disamping dapat melahirkan golongan  pelapis wartawan yang berkualiti di pulau ini” katanya.

Majlis penutupan dan  penyampaian sijil kepada peserta di sempurnakan oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP),  Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan yang juga Penasihat Persatuan  Penggiat Media Labuan,  Rasil Hajatil dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN