27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

125 kes baru, 12 ICU – Dr Adham

95 daripada 125 kes baru Covid-19 berkaitan kes kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling,

-Dr Adham Baba-

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan Malaysia mencatat 125 kes baru Covid-19 hari ini, lapor agensi berita nasional.

Bernama memetik Adham berkata jumlah ini menjadikan jumlah keseluruhan positif sebanyak 553 kes.

Sementara itu, 12 pesakit berada di unit jagaan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau juga dilaporkan berkata 95 daripada 125 kes baru berkaitan kes kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. –Sumber: Bernama

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN