30.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

1,200 Sukarelawan terpilih untuk persiapan awal BFF@Labuan 2025

Noridah bersama dif dif jemputan lain menyemai benih bunga sebagai simbolik pelancaran Program Sukarelawan BFF@Labuan 2025



LABUAN: Seramai 1,200 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antsrabangsa Labuan (UMSKAL), Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dan badan bukan Kerajaan (NGO) terpilih menjadi sukarelawan untuk menjayakan program berimpak tinggi Borneo Flora Festival 2025 (BFF@Labuan 2025) yang akan diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 26-30 Julai tahun ini.

Mereka yang terpilih itu adalah sebagai persiapan awal melibatkan tiga siri aktiviti penyemaian bunga semusim yang dijalankan ditapak semaian Pejabat Unit Landskap Perbadanan Labuan Jalan Pulau Buah.

Siri pertama aktiviti penanaman benih semaian bunga semusim itu telah pun dilancarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Seri Noridah Abdul Rahim pada Sabtu lepas.

Pada siri pertama itu seramai 300 sukarelawan  terlibat untuk melaksanakan penanaman 200,000 semaian polybag bunga semusim jenis Marigold Yellow dan Marigold Orange.

Sukarelawan menyemai benih bunga ke dalam polybag.

Sementara itu, Perbadanan Labuan dalam satu kenyataan berkata, program tersebut merupakan kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dengan Kementerian Perpaduan Negara, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya, Yayasan Sukarelawan Siswa dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut kenyataan itu, penganjuran BFF@Labuan 2025 yang julung kalinya diadakan ini akan mempamerkan lebih 30 Taman bertema yang direka secara kreatif dan luar biasa seperti Laman Magika, Under Water World Garden, Taman  Glow In The Dark Dan pelbagai  pilihan spot bergambar yang menarik.

Festival berprestij ini diinpirasikan daripada konsep Royal Floria Putrajaya dan dijangka  menarik lebih 50,000 pengunjung sekaligus memberi manfaat kepada pelbagai sektor tempatan termasuk hospitaliti, pengangkutan, tempat Makan dan Inap Desa.

Melalui program BFF@Labuan 2025 diharapkan dapat mengangkap Labuan sebagai  permata pelancongan tropika di kepulauan Borneo.

Hadir sama pada program tersebut penyanyi Dan pelakon yang meningkat naik Farah Nadeera  sekaligus turut dilantik sebagai Duta BFF@Labuan 2025.





ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN