WATIKAH.…Abd Ghani (dua dari kiri)menyampaikan watikah pelantikan kepada CDO Nabawan Ami Talu. Turut kelihatan Bobbey (tengah), Peter (kanan)dan Deckson (kiri).
NABAWAN – Para pegawai dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) diseru memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada masyarakat di daerah ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.46 Nabawan Datuk Abd Ghani Mohd Yassin berkata, mereka yang dilantik perlu menafaatkan peluang tersebut untuk menabur bakti dan berkhidmat di tempat sendiri.
“Setiap peluang dan pontensi perlu dimanfaatkan secara bijak dalam kita memberikan khidmat bakti yang maksima kepada masyarakat di daerah ini.
“Masalah dan keluhan masyarakat akar umbi adalah keutamaan dan perlu didengar dan diselesaikan dengan adil dan bijak.
“Selain itu, ambil peluang yang ada ini untuk sama-sama membuktikan kepada masyarakat luar bahawa kita mampu untuk bangun dan bergerak maju sama seperti daerah-daerah lain,” ujarnya.
WATIKAH….Abd Ghani (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Penyelia Kemajuan Masyarakat Nabawan Musa Banaran.
Abd Ghani turut mengingatkan pemimpin UPPM untuk mengelak dari sebarang kontroversi semasa menjalankan tugasan serta perlu meningkatkan pretasi kerja mereka.
“Menjadi harapan saya agar kita sentiasa berkerja sebagai sebuah kumpulan, sentiasa bersatu, proaktif dan dianamik agar agenda yang telah dirancang dapat dilaksanakn dengan teratur dan membuahkan hasil.
“Kita juga perlu bergerak seiring dengan trend semasa dalam bidang yang berpontensi dan mempunyai impak besar khususnya dalam bidang ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan keusahawanan,” katanya semasa menyampaikan amanat pada majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Nabawan di sini hari ini.
Mereka yang dilantik adalah Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Ami Talu; Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM), Musa Banaran, Pemaju Mukim, Pakiak Andingos, James Simin, Divan Lindong; Pemaju Masyarakat, Uzin Andaun, Joche Lorrie dan Bensin Majau
Pada majlis itu Abd Ghani turut menyampaikan sebuah kerusi roda dan tongkat berkaki empat daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Daerah Nabawan kepada Jaifuandi Tukang dan John @ Anduan Tahol.
Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bobbey A. Suan, Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu@Peter J Moinjil, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)N.46 Nabawan, Deckson Andipai dan Ketua Daerah Nabawam, OKK Ulin Datuk Pamiang.