SERAH….Mohd Alias bersama Norsiah (kanan) menyampaikan pelitup muka kepada Penolong Kanan Kokurikulum SMK Labuan, Cheah Teong Aik untuk diagih-agihkan kepada calon SPM 2020.
LABUAN: Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan melalui badan bertindaknya Persaudaraan Pengakap Raja Wilayah Persekutuan Labuan (PPRMWPL) dan Persaudaraan BP Guild Wilayah Persekutuan Labuan (BPGWPL) menyerahkan pelitup muka kepada 1,079 calon SPM yang diadakan baru baru ini.
Penyerahan dibuat masing masing oleh Dato’ Sri Haji Mohd Alias Haji Abdul Rahman mewaklili PPRMWPL dan Datin Sri Dato’ Hajah Norsiah Abdullah mewakli BPGWPL yang telah melawat ke semua sekolah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Turut serta dalam delegasi ini ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Skip Hong Heng Chee, Setiausaha PPRMWPL. Julia Yee dan Setiausaha BPGWPL Juliani Mpkhtar.

MOHD Alias (tiga kiri) menyampaikan pelitup muka kepada Pengetua SM Agama MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Hasnizan Hasin. Turut kelihatan Norsiah (tiga kiri) dan Hong Heng Chee (dua kiri).
Mohd Alias berkata pihaknya berharap agar sumbangan ini akan dapat membantu pelajar untuk berasa lebih selamat dan yakin semasa menghadapi peperiksaan SPM ketika berhadapan dengan pandemik ini.
Manakala Norsiah turut menzahirkan kelegaannya apabila turut menyampaikan sumbangan tersebut.
“Saya berasa tenang dan gembira apabila dapat menyampaikan sedikit sumbangan untuk para pelajar agar dilindungi daripada penularan wabak COVID-19 ini,”katanya.
Terdapat 12 buah sekolah yang menempatkan calon SPM di WP Labuan dan kesemua mereka diagihkan pelitup muka.
Sumbangan disampaikan kepada pentadbir dan wakil pentadbir di setiap sekolah.
Di sepanjang kunjungan tersebut, delegasi pengakap mengikuti SOP yang ketat, mengawal jarak dan berinteraksi dengan minima.
Pihak sekolah yang menerima sumbangan ini amat berterima kasih dan bersyukur atas sumbangan yang diberikan kerana ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa untuk membeli pelitup muka untuk anak-anak mereka yang sedang menghadapi peperiksaan SPM 2020.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan menjadi contoh kepada pihak lain dalam bersama-sama memerangi COVID-19 dengan memberi sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada golongan yang memerlukan.