26 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

10,000 warga Labuan hadir Semarak Aidilfitri  Peringkat Labuan

MERIAH…. Anifah (tengah) bersama Rosida ( tujuh dari kiri) Rithuan (lapan dari kanan) bergambar kenangan sempena Semarak Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

LABUAN: Sambutan Semarak Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan Labuan  disambut meriah apabila dikunjungi  lebih 10,000 warga Labuan pelbagai lapisan masyarakat.

Sambutan yang diadakan di Dewan Arena Kampung Bukit Kuda pada Jumaat itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Negara Senator Datuk Anifah Aman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar dan   Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Turut hadir memeriahkan sambutan yang menjadi penutup tirai sambutan Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan itu, Pengerusi Dewan  Usahawan  Malaysia Labuan (DUML), Datuk Seri Alias Abdul Rahman bersama isteri Datuk Norsiah Abdullah dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahan India Labuan, Datuk Dhalif Singh.

Sambutan yang bermula sekitar jam 2 petang itu telah  menyediakan  lebih 20 gerai pelbagai juadah istimewa raya untuk sajian   pengunjung.

SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir membanjiri Dewan Arena sempena sambutan Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan Labuan anjuran Perbadanan Labuan

Sementara itu, anak-anak golongan asnaf tidak dilupakan apabila pihak penganjur (Perbadanan Labuan) turut menyediakan duit raya yang masing-masing disampaikan oleh tetamu khas yang hadir pada program tersebut.

Terdahulu, Rosida ketika ditemui media menyifatkan kehadiran orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat membuktikan  warga Labuan   sentiasa menyokong apa juga program yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan selain menyokong saranan kerajaan sebagai sebuah masyarakat  Madani.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN