24 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 28, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

10 PEMIMPIN DAP BEAUFORT BERSAMA 300 AHLI SERTAI WARISAN 

JUNZ menerima borang keahlian Warisan dari salah seorang pemimpin DAP Beaufort sambil diperhatikan oleh Abdullah (tiga kiri) dan pemimpin Warisan Klias yang lain.


BEAUFORT: Seramai 10 orang pemimpin masyarakat Cina dari  Democaratic Action Party  (DAP) Cawangan Beaufort yang diketuai oleh Chin Voon Loong keluar dari  parti yang  beribu pejabat di semenanjung itu untuk menyertai parti tempatan Warisan di Pejabat Warisan di sini pada Sabtu.
 
Kemasukan mereka dialu-alukan oleh Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong dalam Majlis Perjumpaan Pemimpin Bersama Rakyat di Pejabat Warisan di sini.
 
Berucap pada kemasukkan beramai-ramai pemimpin dan ahli-ahli DAP itu, Junz berkata kemasukkan itu membuktikan kini masyarakat Cina sudah hilang kepercayaan kepada DAP Pusat dan Negeri  dan tertarik dengan perjuangan parti tempatan seperti Warisan yang terus memperjuangkan hak-hak Sabah.
 
Junz berharap masyarakat Cina akan turut bersama-sama parti Warisan dan memberi mandat kepada parti itu untuk mentadbir negeri ini dengan lebih baik dari kerajaan yang terdahulu yang gagal menyelesaikan masalah rakyat seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.
 
“Jika diberi mandat Warisan dibawah kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Shafie Apdal akan mengatasi masalah tiga serangkai ini disamping meneruskan pembangunan yang dirancang terdahulu oleh Warisan yang hanya berkesempatan mentadbir negeri ini selama 26 bulan dan tidak diteruskan oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS ),”katanya.
 
Antara projek itu kata Junz bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah mengwujudkan   kilang minyak masak di Keningau sebagaimana kilang yang pernah dibina di Tawau untuk mengurangkan kebergantungan minyak masak di negeri ini dari semenanjung, mewujudkan kilang getah di daerah ini, merealasasikan tanaman nenas di Lumadan dan menyelesaikan permohonan tanah oleh rakyat di seluruh Sabah.

TINGGALKAN DAP…sebahagian dari masyarakat Cina terdiri dari ahli DAP Beaufort yang menyertai Warisan di perjumpaan itu. 


 
“Semua projek berinfak tinggi ini bukan saja dapat mengurangkan harga minyak di pasaran tempatan malah kedua-dua projek ini akan dapat membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia di daerah ini dan Sabah amnya agar mereka tidak perlu lagi berhijrah mencari pekerjaan di Semenanjung Malaysia,”tegasnya.
 
Pengerusi Penganjur bekas Bendahari Cabang PKR Beaufort, Abdullah Okin  yang turut berucap pada perjumpaan itu berharap masyarakat Cina akan terus memberikan sokongan kepada Warisan untuk membolehkan parti ini menang di kawasan Klias dalam Pilihan Raya Umum ke-17 yang ditetapkan pada 29 November depan.
 
“Memilih parti warisan adalah pilihan tepat kerana kita juga mahu ‘Rumh Kita, Kita Jaga”bukan dijaga oleh parti dari Semenanjung,”katanya.
 
Hadir sama dalam perjumpaan itu ialah Ketua Penyelaras Warisan Klias,Adeli Abat, timbalannya William Fong, Ketua Penerangan Jinan Sitra, Ketua Wanita, AJK Penyelaras Dun Klias,Ketua Bahagian Warisan Sipitang,Aziz Taip bersama AJKnya dan 300  bekas ahli-ahli DAP

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN