Ketua Pengarah JHEV ATM mengabadikan kenangan bersama Veteran ATM Sabah selepas sesi Dialog.
KOTA KINABALU: Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majer Jeneral Zambery Jefry Bin Darus telah meluangkan masa menghadiri Sesi Dialog Yang Berbahagia Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran(JHEV) ATM Bersama Veteran ATM Negeri Sabah, di Golden Hotel Sembulan, Kota Kinabalu baru-baru ini.
Sesi dialog tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti yang dirancang dalam rangka kunjungan beliau ke negeri ini. Sesungguhnya dialog itu telah memberi peluang kepada veteran-veteran ATM dari negeri Sabah untuk mengutarakan cadangan, aduan dan permasalahan yang mereka dihadapi.
Seramai 100 orang veteran dari persatuan-persatuan veteran(ATM) negeri Sabah telah menghadiri sesi dialog itu yang julung kalinya diadakan.
Turut hadir ialah, Penolong Pengarah 3, Bahagian Kerjaya dan Sosio ekonomi (BKS) JHEV, Razihan Binti Abd.Rashid bersama Pengerusi, Yang dipertua dan Presiden persatuan-persatuan veteran ATM yang berdaftar di Sabah.