25.6 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗔𝗲𝗹𝗺𝗮 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹𝗶 𝗘𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗲𝗷𝗼𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗲𝗸𝘄𝗼𝗻𝗱𝗼 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵

KENINGAU: Kelab Aelma Sabah mengungguli empat kategori dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka Sabah Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau, pada Sabtu.

Empat kategori berkenaan ialah Kategori bawah 12 tahun acara Kyorugi, kategori 13 -17 tahun acara Kyorugi, kategori 18 tahun ke atas acara Kyorugi dan Kategori bawah 12 tahun acara Poomsae.

Manakala dua lagi kategori dimenangi oleh Kelab Miri Kim’s Taekwondo iaitu kategori 13 – 17 tahun acara Poomsae dan Kategori 18 tahun ke atas acara Poomsae.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert ketika merasmikan kejohanan itu berkata, seramai 600 penyertaan menyertai kejohanan ini daripada seluruh Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Keningau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur kerana melaksanakan kejohanan ini sebagai platform untuk mencukil bakat dan membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Tahniah juga kepada peserta yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang masing-masing mempamerkan kebolehan dan bakat pada pertandingan ini,” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN