25 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐤𝐨𝐦𝐩𝐚𝐮𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐊𝐏𝐃𝐍

Pegawai Penguatkuasa KPDN ketika melakukan pemeriksaan di salah sebuah premis perniagaan luar bandar.

𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐢 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐚𝐮𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 (𝐊𝐏𝐃𝐍).

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, dua peniaga telah diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] kerana gagal meletakkan tanda harga jualan tunai pada barangan yang dipamerkan untuk tujuan perdagangan.

Manakala, seorang lagi peniaga runcit dikenakan tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71] kerana menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan dan alat timbang yang diperiksa juga telah tamat pada Julai 2025.

Junaidah berkata sebanyak 30 premis perniagaan luar bandar telah diperiksa oleh Bahagian Penguatkuasa KPDN yang dijalankan baru baru ini.

“Hasil pemeriksaan yang lain mendapati peniaga peniaga lain mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan KPDN” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Beliau menjelaskan, KPDN Labuan akan terus mempergiat pemeriksaan pematuhan di premis-premis perniagaan luar bandar bagi memastikan peniaga mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan serta melindungi hak pengguna.

Pada masa sama beliau mengingatkan peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan penandaan harga dengan jelas dan tepat bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN