24 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

SUHAILI MENANG  DENGAN KELEBIHAN 708 UNDI.

TAHNIAH…. Suhaili  mengangkat tangan tanda kegembiraan selepas diumum menang kerusi Parlimen Labuan, pada PRU ke 15 di, Dewan Utama Kolej Matrikulasi Labuan, malam tadi

LABUAN: Mantan Ahli Parlimen Labuan dua penggal (PRU-9 dan PRU-10), Datuk Suhaili Abdul Rahman  kembali semula menduduki kerusi Dewan Negara selepas beliau menang dengan majoriti tipis 708 undi pada PRU ke 15.

Suhaili, 61 yang juga Ketua Parti BERSATU Bahagian Labuan memperolehi 8,124 undi  menewaskan calon BN, Datuk Bashir Alias yang memperolehi 7,416 undi.

Empat lagi calon yang tewas dalam pertandingan enam penjuru itu ialah penyandang kerusi Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dari parti Warisan  yang hanya memperolehi 7,310 undi dan Datuk Dr Ramli Tahir yang mewakili  PH 5,307 undi.

Dua lagi calon hilang wang pertaruhan ialah  Dayang Rusimah @Raynie Datuk Mohd Din dari Parti Bangsa Malaysia (PBM)  dengan 202 undi dan Datuk Ramle Mat Dally dari parti Pejuang 90 undi.

Kemenangan Datuk Suhaili  yang turut dianggap sebagai ‘legend come back” diumumkan oleh Pegawai  Pengurus Pilihan Raya, Yusop Mohammad kira kira jam 10 malam di Dewan Utama Kolej Matrikulasi Labuan.

Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pengundi berdaftar yang layak mengundi di Parlimen Labuan ialah 44,484 orang.

Manakala peratus keluar mengundi bagi Parlimen Labuan pada PRU15 ialah 64.66 peratus.(28,449 pengundi).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN