27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Seramai 96 murid mendaftar masuk Tahun 1, di SK Pekan Ranau

Sebahagian murid Tahun 1 yang sudah selesai mendaftar di SK.Pekan Ranau.

RANAU: Seramai 96 orang murid telah selesai mendaftar masuk Tahun 1, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan di sini bagi sessi 2023.

Bagaimanapun, pendaftaran masuk masih dibuka kepada mereka yang ada pendaftaran awal dan tinggal berhampiran dengan sekolah berkenaan.

Tinjauan penulis ke SK.Pekan Ranau, mendapati kanak-kanak yang mendaftar itu adalah yang telah didftar lebih awal sebelum tahun 2023 dan diselaraskan untuk menduduki tiga buah bilik darjah.

Guru Besar SK.Pekan Ranau, Asmail @Ismail Bin Salleh ketika ditemui memberitahu, penerimaan murid masuk Tahun 1 di sekolah itu dengan kapasiti 105 orang sahaja (3 buah bilik darjah) atas sebab kekurangan bilik darjah.

“Kita boleh daftarkan ramai murid Tahun 1  sehingga empat kelas, tetapi terpaksa kita hadkan memandangkan sekolah ini kekurangan bilik darjah”, kata Asmail.

Menurutnya murid Tahun 1, kini mengikuti program Transisi dengan pelbagai aktiviti bagi membiasakan diri  murid-murid terhadap persekitaran sekolah terutama lokasi-lokasi utama di kawasan sekolah disamping  membolehkan mereka  berinteraksi dengan rakan-rakan serta bersuai kenal dengan guru-guru mereka.

“Murid Tahun 2-6 akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) seperti biasa manakala murid Tahun1 masih mengikuti Program Transisi selama 4 minggu sebelum mengikuti PdP secara formal”, tambahnya.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN