24 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

RANAU TALENT SHOWCASE”  DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKAN,  BUKA PELUANG PEMINAT NYANYIAN RAP DALAM KALANGAN BELIA

KENANGAN…Sebahagian belia yang mengambil bahagian pada program itu. Turut sama, aktivis belia, Syukri Saridih (duduk ketiga barisan kedua dari kiri)

RANAU : Program “Ranau Talent Showcase” yang berlangsung di perkarangan Koisaan Point, di sini semalam mendapat sambutan  menggalakkan.

Program yang dihadiri kira-kira 150 orang dalam belia dan beliawanis itu merupakan anjuran bersama kumpulan Run Now, Ghood dan Microsak, turut mendapat sokongan penuh daripada Gabungan Belia Ranau.

Pelbagai pengisian mewarnai program itu antaranya persembahan nyanyian, tarian, lawak berdiri (stand up comedy) dan banyak lagi dengan kehadiran daripada pelbagai barisan bakat belia Ranau.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Florencia  Padasian, yang turut hadir pada malam itu berkata,  program yang telah diadakan sangat sesuai bagi menyokong minat dan hobi anak muda masa kini.

Katanya, genre muzik “hip-hop” semakin mendapat tempat dalam hati para belia dan melalui program ini, anak muda akan merasa bakat mereka dihargai dan secara tidak langsung mengelakkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermanfaat.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak muda di daerah ini kerana berani tampil dengan program sebegini dan seterusnya berhasil dalam penganjurannya.

“Tidak lupa juga buat Gabungan Belia Ranau di bawah pimpinan Syukri Saridih yang sentiasa menyokong sebarang aktiviti anak muda di daerah kita yang tercinta ini.

“Saya berharap agar belia dan beliawanis sentiasa terlibat dalam aktiviti yang positif dan tidak melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat yang boleh mendatangkan kesan yang tidak baik”, katanya.

Menurut Florencia, suara belia harus disokong bagi mengangkat agenda pembangunan belia selaras dengan Hasrat Kerajaan Negeri di bawah slogan “Sabah Maju Jaya”.

Antara peserta yang menjayakan program Ranau Talent Showcase ini tersemuklah Sdr Mohd Sharul Nizam Jacklis, Mizan Abdillah, Mohd Alif Ikmal danial, Wong Jun You, FTR, Shah Aril, Amirah Nabilah Jusli, Betsy Amanda Sally, Azmi, Pelajar SMK Mat Salleh, Noah RF, Benhar binhar, Raynol Justin, Jonathan Davis dan kumpulan isobahtos.

Sumber: Syukri Saridih

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN