25 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

PVKMS adakan kunjungan hormat ke Boustead Plantations Berhad

Mej.Biyazid (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Taufiq diperhatikan yang lain.

SEMPORNA : Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) baru-baru ini, telah mengadakan kunjungan hormat ke Boustead Plantations Berhad di Ladang Segaria, Semporna.

Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti persatuan untuk memperkenalkan PVKMS sekaligus menjalinkan hubungan silaturrahim dan kerjasama PVKMS ke arah merintis kesejahteraan veteran komando khususnya berkaitan peluang pekerjaan dan sebagainya.

Dalam lawatan itu, yang diketuai Mejar Biyazid Redzuan telah berkongsi misi dan visi persatuan, serta dalam masa yang sama menerangkan tentang bidang perkhidmatan dan kepakaran di kalangan ahli-ahli PVKMS yang berkemahiran dalam bidang kontraktor.

Lawatan ini juga diadakan untuk mengenalpasti titik persamaan bagi pelaksanaan kerjasama dalam aktiviti perkhidmatan dan program kerjasama di antara PVKMS dan Boustead Plantations Berhad.

Rombongan PVKMS telah disambut baik oleh pengurusan Boustead Plantations Berhad, Mohammad Taufiq Azaman, Penolong Pengurus Ladang dan Razif Rizuwan, Pengurus Kilang.

Lawatan itu turut disertai oleh Abdul Masik Kabbul, Presiden PVKMS, Musmalady Rabayani, Ketua Zon Lahad Datu, Mad Sarip Saleh, Setiausaha PVKMS dan Amir Hamzah Hj Kannaung, Ahli Lembaga Koperasi PVKMS Berhad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN