24 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

PM  minta SPR siasat  jumlah pengundi  berdaftar di Sabah meningkat mendadak

ISMAIL ketika ditemui media selepas merasmikan Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan.

LABUAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri meminta Suruhanjaya Plilihan Raya (SPR) untuk membuat siasatan  berkaitan dakwaan  jumlah pengundi berdaftar yang meningkat secara mendadak di Sabah.

Jumlah peningkatan itu bukan daripada  pengundi muda dan SPR perlu membuat siasatan terperinci mengenai  jumlah pengundi berdaftar yang meningkat secara mendadak.

“Peningkatan mendadak itu bukan dari pengundi muda, kalau pengundi muda kita faham, tetapi ini pengundi yang didaftarkan dan dalam hal ini kita minta SPR buat siasatan sekiranya terdapat keraguan…. kita serah kepada SPR untuk ambil tindakan  sewajarnya” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita bagi mengulas mengenai jumlah pengundi berdaftar  yang meningkat secara mendadak di Sabah.

Terdahulu sebelum itu beliau merasmikan  Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan  di sini, pada Ahad.

Menyentuh mengenai pengundi muda, Ismail berkata masih ramai pengundi muda yang berumur 18 tahun ke atas yang tidak tahu nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih.

“Sebagai warga negara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun keatas harus tahu bahawa mereka telah disenaraikan  sebagai pengundi secara automatik dalam daftar pemilih” katanya.

Justeru itu, Ismail menekankan adalah menjadi tanggungjawab jentera Barisan nasional (BN) untuk mendekati dan memberi penjelasan kepada pengundi muda di seluruh negara.

“Kalau tidak, mungkin mereka tidak akan tahu untuk keluar mengundi dan inilah yang perlu dilakukan oleh jentera BN  untuk memberikan maklumat  kepada mereka” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN