28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PERTIMBANGKAN IMPORT DAGING BABI DARIPADA SEMANANJUNG: JAMES

gambar sekadar hiasan

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib menyarankan kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah untuk mempertimbangkan pengimportan daging babi daripada Semananjung untuk dibawa masuk ke negeri ini.
 
Katanya, ini kerana bekalan daging babi yang kini berada di pasaran tempatan sebahagian besar diimport daripada luar negara menyebabkan harganya melambung naik berbanding sebelum ini.
 
“Ramai mengeluh dengan kenaikan mendadak harga daging ini di pasaran ketika termasuk peniaga restoran yang menjual makanan berasakan daging babi.
 
“Kita faham, kenaikan harga daging mentah ini antaranya berpunca daripada mana sumber bekalan diperolehi ketika ini. Ianya diimport dari luar negara, sudah tentu kos operasi juga meningkat,” katanya kepada media hari ini.
 
Justeru, katanya adalah lebih baik JPV mempertimbangkan untuk mendapatkan bekalan ini daripada Semenajung.
 
Bagaimanapun katanya, proses mengimpot daging babi daripada beberapa negeri di Semanajung haruslah melalui tapisan ketat JPV bagi mempastikan daging tersebut bebas daripada sebarang jangkitan virus dan selamat untuk dimakan.
 
“Mungkin JPV boleh memperhalusi cadangan ini dengan meneliti dari pelbagai sudut termasuklah Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan pengimportan bahan mentah khususnya daging babi daripada luar Sabah.

“Sekiranya cadangan mengimport daging babi daripada Semananjung diterima sebagai solusi mengurangkan beban pengguna yang terkesan dengan kenaikan harga bahan mentah ini, apa salahnya untuk diperrimbangkan,” ujar James.

Jelas James yang juga Adun Sugut, bekalan babi dan daging ternakan itu di negeri Sabah ketika ini amat berkurangan.

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Perikanan menjelaskan bahawa bagi mengimbangi kekurangan bekalan daging babi di pasaran,  kementerian telah membenarkan pengimportan daging babi dari Denmark dan Perancis buat sementara waktu.

Kementerian  telah meluluskan lesen kepada pengimport tempatan untuk mengimport 28,000 kilogram perut babi dari Perancis, dan kami juga telah meluluskan lesen untuk mengimport 241,635 kilogram daging babi sejuk dan produk daging babi lain dari Sepanyol, Singapura, China, Denmark dan Perancis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN