25 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

Penduduk Kg.Nawanon terpaksa bergelap, tiang elektrik patah

BAHAYA….Tiang letrik yang patah berikutan angin ribut yang berlaku.

RANAU: Lebih 500 penduduk kg.Nawanon terletak kira-kira 65 kilometer dari pekan di sini, terpaksa bergelap selepas berlaku hujan lebat serta angin kencang melanda kawasan berkenaan menyebabkan kayu-kayan serta sebatang tiang letrik  terus patah.

Pengerusi JPPK Kg.Nawanon, Jemisi Binti Sabal memberitahu, kerosakan tiang letrik itu sudah dilaporkannya kepada SESB Ranau tapi belum ada tindakan untuk membaikinya setakat ini.

“Saya sudah memaklumkan kepada orang ramai khususnya penduduk Kg.Nawanon dan kampung-kampung berhampiran supaya berhati-hati bimbang nanti dengan bahaya renjetan letrik berikutan kerosakan pada tiang yang sudah rebah itu”, jelas Jemisi.

Beberapa laluan jalan ke pekan Ranau juga turut mengalami kerosakan berikutan  hujan lebat yang berlaku.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN