30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Gabungan SIB Matupang muncul juara pertandingan Bola Jaring 

KAMI JUARA…Pasukan Bola Jaring Gabungan SIB Matupang merakam gambar bersama Datuk Jonathan dan kenamaan yang lain.

RANAU: Pasukan Gabungan Sidang Injil Borneo (SIB) Matupang muncul juara keseluruhan pertandingan Bola Jaring  sempena Karnival  Sukan Persatuan Muda-Mudi (PMM) SIB Kawasan Miruru Vol.4 tahun 2023  di padang SK. Sagindai 35 kilometer dari pekan di disini pada Jumaat.

Naib Johan disandang oleh Pasukan SIB Lungkidau dan pasukan SIB Miruru menduduki tempat ketiga  mengetepikan 5 pasukan lain mengambil bahagian.

Penjaring Terbanyak, telah disandang oleh, Rehana Melisya (SIB Matupang) dan Erna dari SIB Kigiwit di nobatkan sebagai Pemain Terbaik.

Hadiah-hadiah berupa Tropi, Medal dan wang tunai telah disampaikan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang telah menyempurnakan perasmian Kanival tersebut.

Bagaimanapun,  keputusan rasmi acara Bola Sepak lelaki melibatkan10 pasukan mengambil bahagian belum dapat diperoleh setakat artikel ini ditulis.

Jonathan dalam ucapanya, memuji Jawatankuasa pelaksana program Karnival Sukan itu kerana berjaya menganjurkannya setiap tahun.

“Kita mengharapkan agar karnival ini dijadikan acara tahunan bagi mencungkil bakat dan potensi muda-mudi dalam aspek permainan  Bola  Jaring dan Bola Sepak malah dijadikan landasan kukuh mengeratkan perpaduan dan persaudaraan dengan saudara mara yang bukan seagama dengan kita.

“Saya juga mengharapkan kepada PMM disini agar aktif dalam bidang kesukanan disamping menimba pengalaman serta pengetahuan dari segi kerohaniaan  dan kegiatan kemasyarakatan yang lain perlu diperseimbangkan”, tambah Datuk Jonathan sambil mengumumkan sumbangan berjumlah RM10 ribu kepada Jawatankuasa mengendalikan Karnival berkenaan.

“Saya masih ingat janji saya dulu di sini mahu bagi sumbangan RM30 ribu jika program seumpama ini melibatkan penyertaan sehingga peringkat negeri, namun hanya melibatkan peringkat Kawasan
Miruru sahaja jadi RM10 ribu sahajalah yang dapat saya bagi kali ini”, tambah Jonathan, memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada lebih 100 orang muda-mudi yang hadir ke Karnival itu yang telah dijalankan selama dua hari(16-17 Mac).

Hadir sama dan turut berucap memberi motivasi kepada muda-mudi ialah, PTA.Libin Gakim, sementara hadir sama ialah, Ketua Kawasan SIB Muruk, Calvin Jamious, Ketua Kampung Muruk, Didimus Zai dan Ketua Kampung Miruru, Petrus  Damit.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN