24 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

Pakar bius ditahan rogol pesakit sudah dibius

RIO DE JANEIRO – Seorang pakar bius Brazil, Giovanni Quintella Bezerr dituduh merogol seorang wanita yang dibius di hospital negara itu baru- baru ini.

Dia yang berusia 32 tahun dituduh melakukan perbuatan tersebut semasa pembedahan cesarean sedang berlangsung.

Bezerr ditangkap di Rio de Janeiro pada 10 Julai lalu selepas jururawat-jururawat berasa curiga dengan tingkah lakunya semasa pembedahan sedang dilakukan.

Tangkapan itu dilakukan oleh jururawat-jururawat tersebut, setelah merakamkan perbuatan itu secara rahsia.

Polis berkata, tiga lagi wanita yang dirawat pada hari berbeza telah tampil menyatakan mereka menjadi mangsanya.

Bezerra hadir di mahkamah buat pertama kali pada Selasa yang mana hakim menjatuhkan hukuman ditahan sehingga kes itu disiasat. – Agensi

Sumbar dan terjemahan : Sinar Harian Online

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN