28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MRS cadang guna lagu etnik Sabah dalam majlis anjuran Kerajaan Negeri

Dr. Joachim (tengah), Asmin (kiri) mengabadikan gambar kenangan dalam kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU, 7 JUN, 2022: Music Rights Sabah (MRS) Berhad telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam di Wisma Kewangan, pada hari ini.

Kunjungan MRS yang diketuai oleh Pengarah Urusannya, Asmin Mudin beserta empat pegawai lain pelbagai seksyen, bertujuan bagi memberi penerangan berkenaan fungsi dan tanggungjawab MRS kepada Dr. Joachim.

Antara lain yang dibentangkan adalah memohon sokongan cadangan mewajibkan penggunaan lagu etnik Sabah sebanyak 40% dalam mana mana majlis anjuran Kerajaan Negeri, selain mengharapkan kementerian menyokong lagu-lagu etnik Sabah.

Dalam pada itu, Dr. Joachim yang juga merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, memberi maklum balas positif terhadap pengoperasian MRS dan berharap ia dapat membantu meningkatkan produktiviti serta kreativi para penggiat seni untuk terus berkarya bersesuaian dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Dr. Joachim turut melahirkan tanda sokongan kepada MRS untuk mencapai matlamat mereka mendapatkan royalti yang setimpal dengan usaha kreaviti mereka.

MRS merupakan badan pemungut dan pengagih royalti tunggal bagi lagu-lagu etnik tempatan di Sabah dan WP Labuan yang telah diberi pengiktirafan oleh kerajaan persekutuan sejak Januari 2022.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN