27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Maisun Rongkos, memiliki kemahiran tersendiri bermain alat muzik

Maison dengan alat muzik Kordian Tariknya.

RANAU: Kemahiran tersendiri, Maisun Bin Rongkos 74, dari Kg.Nalapak di sini, untuk bermain Kodian Tarik, Hamonika mulut dan  Seruling(Suling) menjadi daya tarikan serta menghiburkan para pengunjung Tagal ikan air tawar sungai Nalapak.

Maison anak kedua daripada tiga beradik ketika ditemui, memberitahu beliau memang berminat memainkan alat bunyian tradisi kaum Dusun Ranau sejak berusia 9 tahun, selain bermain dengan alat bunyian kaum lain seperti Harmonika Mulut dan Kodian Tarik atas dorongan ibu bapa dan rakan-rakannya.

“Saya sering mendapat undangan untuk bermain alat kuzik itu pada majlis keramaian seperti Majlis Kahwin, Pesta Kaamatan, Majlis Hari Jadi dan banyak lagi.

“Rajin saya datang ke majis keramaian untuk menghibur orang ramai tanpa bayaran atau saguhati”, jelas Maison.

Beliau bersedia membimbing generasi muda untuk membunyikan alat muziknya jika ada yang berminat.

“Bukan susah sangat membunyikan alat-alat itu asalkan benar-benar punyai minat”,kata Maison.

Beliau bercadang akan membuat persembahan di Pentas Budaya Pekan Ranau dalam masa terdekat dan semasa majlis sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah jika ada jemputan daripada pihak pengajur.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN