24 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

Madius pemimpin yang rajin dan prihatin: Bekas Ketua Wanita UMNO Tuaran

TUARAN: Rakyat di sini sangat beruntung kerana mempunyai pemimpin yang prihatin dan berdedikasi seperti Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Menurut bekas Ketua Wanita UMNO Tuaran, Sarimah Haji Dauda, 63, (gambar) Madius bukan sahaja sentiasa rajin dan sering turun padang ketika menjadi Ahli Parlimen sebelum ini, tetapi beliau juga sentiasa bersedia membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Kita juga boleh melihat senarai kehadiran beliau yang cemerlang iaitu 100 peratus hadir sepanjang persidangan Dewan Rakyat untuk memastikan suara dan rintihan rakyat Tuaran mendapat perhatian menteri-menteri persekutuan di dalam persidangan.

“Beliau tidak pernah ponteng seperti mana-mana ahli-ahli parlimen lain. Justeru pemimpin seperti inilah yang tepat untuk kita angkat dan kekalkan bagi mewakili suara rakyat Tuaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kempen Pakatan Harapan (PH) di PDM Berungis di sini.

Sarimah turut berkongsi keprihatinan Madius dalam membantu golongan ibu tunggal di Tuaran.

“Semasa bulan puasa lalu, saya sebagai Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal di sini ada menelefon beliau untuk memohon sumbangan kepada para ibu tunggal.

“Saya tidak menyangka Datuk Seri Madius tanpa banyak soal dan sangat bermurah hati menyalurkan sumbangan yang cukup bermakna bagi kami semua.

“Sesungguhnya, beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat dan berhati rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Sarimah juga mengongsikan antara faktor beliau meninggalkan UMNO sebelum ini.

“Saya sembilan tahun jadi Ketua Wanita UMNO Tuaran. Saya tahu apa yang mereka lakukan. Ada yang hanya menyenangkan kroni dan ahli-ahli keluarga sahaja.

“Saya tidak mahu banyak cakap kerana sesungguhnya kita ini semua bersaudara. Namun dalam politik, kita kena harus berkata supaya pengundi tahu.

“Untuk itu, saya ingin menyeru pada 19 November ini, marilah kita sama-sama menterjemahkan undi kita memilih kepimpinan negara yang bersih dengan mengundi calon nombor satu, Datuk Seri Madius sebagai Ahli Parlimen Tuaran. Insyaallah Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada 20 November nanti,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN