26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lembaga Pelawat Hospital Ranau, berjaya kumpul 33 pain darah

TURUT MENDERMA…Dr.Eva(duduk) merakam gambar bersama para perugas Unit Tabung Darah Hospital Ranau.

RANAU: Lembaga Pelawat Hospital (LPH) Ranau, berjaya mengumpul 33 pain darah daripada orang ramai yang layak  menderma darah sempena program Kempen Derma Darah anjuran LPH Ranau dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital daerah di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu.

Pengerusi LPH Ranau, yang juga Ketua Pegawai Perhubungan Khidmat Rakyat P.179 Ranau, Benedict Gunda ketika ditemui merakam penghargaan terima kasih kepada para penderma darah yang hadir menjayakan program tersebut.

“Sumbangan sepaint darah mereka mampu menyelamatkan nyawa kepada mereka yang memerlukan”, jelas Benedict yang agak puas hati dengan kehadiran 33 orang penderma darah meskipun sasaran awal kita sebanyak 150 paint”, jelas Benedict.

Semua penderma darah menerima sekampit beras 5 kilo sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menderma.

Sementara itu, Pengarah Hospital Ranau, Dr.Eva Candra Susanti Binti Suhali yang juga turut serta menderma sepaint darah, ketika ditemui turut memuji usaha pihak Jawatankuasa LPH Ranau atas kejayaan menganjurkan program Derma Darah itu bagi membantu Unit Tabung Darah Hospital  mengisi tabung darah untuk kegunaan pesakit dari masa ke semasa.

“Tabung darah hospital daerah ini sentiasa memerlukan bantuan bekalan darah untuk kegunaan kepada para pesakit Talesmiah, ibu lepas bersalin dan mereka yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan sebagainya memerlukan bakalan darah dengan segara”,tegas Dr.Eva yang mewakili pihak hospital merakam penghargaan kepada LPH dan para penderma darah.

“Kita akan menganjurkan lagi program Derma Darah pada masa akan datang dan amat mengharapkan kehadiran orang ramai yang layak menderma”, tambahnya.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN