25 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki melecur ketika cuba padam kebakaran

Anggota bomba memadamkan api yang tinggal di Kg Bongkud pada hari Selasa


RANAU: Seorang lelaki tempatan melecur di bahu ketika cuba memadamkan api di rumahnya yang terbakar dalam kejadian di sini pagi Selasa.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan bin Mohd Taib berkata, mangsa Simon bin Tiam, 43 melecur ketika membantu bomba memadamkan kebakaran.


“Kami menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada jam 8.38 pagi dan bergegas lapan anggota diketuai saya sendiri bersama sebuah enjin FRT dan sebuah van EMRS ke lokasi di Kampung Bongkud Ranau.


“Apabila tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari stesen, kami menemui sebuah rumah tidak kekal berkeluasan 36X40 kaki persegi yang 100 peratus terbakar. Sebuah kenderaan jenis trak pikap turut terbakar.


“Terdapat mangsa awam cedera ringan dengan melecur di bahu ketika membantu memadam kebakaran. Mangsa dirawat oleh pasukan EMRS dan mangsa enggan dihantar ke hospital,” katanya.


Ridwan berkata, operasi pemadaman menggunakan tiga aliran dan tiga pancutan sepanjang 100 kaki melalui sumber air terbuka (kolam). Tiada liputan GIRN di lokasi. Operasi berjaya dikawal pada pukul 9.13 pagi dan selesai sepenuhnya pada pukul 10 pagi.


Sementara itu, nasihat beliau kepada orang ramai yang ingin membantu memadam kebakaran ialah, “pihak bomba menghargai bantuan memadam kebakaran yang diberikan orang ramai, sebelum pihak bomba tiba.


“Bagaimanapun, perlu diingat sekiranya keadaan sangat berbahaya atau kebakaran tidak terkawal, dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan diri terlebih dahulu sebelum cuba membantu kerana perkara yang lebih buruk boleh berlaku,” katanya.


Ridwan turut menggesa orang awam upaya menympan nombor telefon Bomba Ranau 088-878779 dan hotline Bomba Ranau 019-2449348, dan terus menghubungi number tersebut dalam sebarang keadaan kecemasan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN