25 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan Op menjuarai  Pertandingan E-Sport Mobile Legend  Masjid An-Nur 2022

TAHNIAH… Ustaz Ghaus (dua dari kiri)  menyampaikan hadiah kepada kumpulan Labuan Op yang menjuarai pertandingan Mobile Legend Masjid Jamek An Nur Labuan 2022.

LABUAN: Kumpulan Labuan Op muncul juara Pertandingan E-Sport  Mobile Legend Masjid Jamek An-Nur  Labuan 2022  yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek An-Nur, pada Ahad.

Kumpulan  itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Naib johan disandang oleh kumpulan King Dunot untuk menerima hadiah wang tunai RM750.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Just  4Relax membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00.

Pertandingan yang dianjurkan oleh  Labuan Esport dengan kerjasama Masjid Jamek An-Nur Labuan itu telah disertai lebih 60 peminat permainan mobile legend melibatkan penyertaan anak-anak muda.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh  Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI), Ustaz Ghaus Musa.

Menurut Pengarah Program Firdaus Ahmad, pertandingan yang julung kalinya diadakan ini bertujuan membina masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan kearah perpaduan.

“Selain itu menyediakan platform anak muda menggunakan kebolehan bermain permainan mobile dalam persaingan yang sihat.

“Disamping itu mendekatkan anak muda untuk hadir ke masjid untuk solat berjemaah, bersosial dengan pelbagai lapisan masyarakat” katanya.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN