30 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kumpulan AKK Etom ‘B’ johan Cabaran Memancing Laut Dalam LISC 2022

JOHAN… Kumpulan AKK menerima hadiah daripada Bashir (berdiri empat dari kiri) sambil diperhatikan Rithuan (berdiri dua dari kanan).

LABUAN: Kumpulan AKK Etom’ B’ dari  Lahad Datu Sabah muncul johan Cabaran Memancing Laut Dalam sempena penganjuran Labuan International  Sea Challenge (LISC) 2022 yang  berakhir di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Ahad.

Kumpulan itu berjaya menaikkan  hasil tangkapan ikan  terkumpul sebarat 31.5 kg sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta peralatan memancing Daiwa.

Naib johan dimenangi oleh kumpulan Silibin Tackle 1 dari Ipoh   Perak dengan tangkapan ikan terkumpul seberat 31kg untuk menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan peralatan memancing Daiwa.

Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan SeaBorg dari Kota Kinabalu Sabah dengan hasil tangkapan terkumpul seberat 30.1 kg, membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan peralatan memancing Daiwa.

Cabaran Memancing Laut Dalam LISC 2022  tajaan Daiwa dan dianjurkan oleh Perbadanan Labuan telah disertai oleh  55 peserta membabitkan 14 kumpulan menggunakan 18 bot laut dalam.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias  sempena majlis penutupan  LISC 2022 di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Ketua Polis Labuan, Supt. Ahmad Jawila, Ahli-Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan serta Ketua-Ketua Jabatan dan agensi kerajaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN