25 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

Keningau FA Komited Membangunkan Sukan Bola Sepak di Daerah Keningau.

Rafie (duduk tengah) bersama peserra kursus dan sebahagian Urusetia

KENINGAU: Seramai 30 peserta menyertai dan berjaya menerima Sijil Kursus Asas Bola Sepak Kejurulatihan Akar Umbi (Siri 2) yang dianjurkan Unit Pembangunan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Daerah Keningau. 

Presiden Keningau FA, Rafie Robert berkata, kursus berkenaan adalah bagi membantu dan menyumbangkan pembangunan industri sukan bola sepak di pedalaman khususnya di Daerah Keningau.

“Saya mahu membangunkan Industri Sukan Bola Sepak agar semua penggiat dan peminatnya mendapat manfaat daripadanya. 

“Saya percaya banyak ruang dan peluang yang boleh digunakan agar ianya dapat berkembang dengan lebih baik dan maju,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian dan penutupan Kursus Asas Bola Sepak Kejurulatihan Akar Umbi Siri 2 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad Dua, di Keningau baru-baru ini.

Tambahnya, bagi memastikan peningkatan tahap profesionalisme yang berterusan dalam bidang sukan bola sepak ini, maka program itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menggilap bakat jurulatih dan seterusnya melahirkan pemain-pemain yang berkualiti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN