25 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

JUMAIN ABDUL GHANI, PEGAWAI DAERAH RANAU YANG BAHARU

Faimin (tengah) bersama Jumian (kiri) dan Syahrin (kanan) selepas selesi serah terima tugas, hari ini.

RANAU: Pegawai Daerah Tambunan, Jumain Abdul Ghani bertukar ke daerah Ranau sebagai Pegawai Daerah yang baharu.

Beliau menggantikan, Syahrin Samsir yang bertukar sebagai Pegawai Daerah Tuaran.

Penyerahan serah terima tugas disempurnakan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Sabah, Datuk Haji Faimin Kamin di pejabatnya, pada Isnin.

Gambar kiri: Jumain menerima surat serah terima tugas daripada Faimin, manakala gambar kanan, Faimin menyerahkan surat serah terima tugas kepada Syahrin.

Faimin dalam kenyataan ringkas berkata,  kedua-dua Pegawai Daerah itu terlibat dengan gerakan pertukaran tempat bertugas.

“Selamat bertugas dan semoga terus cemerlang untuk merealisasi Sabah Maju Jaya,” kata menerusi hantaran di Facebook.

Artikel Berkaitan:


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN