28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JKDB Pekan Ranau selesai memasang lebih 60 bendera Jalur Gemilang

Antara Jawatankuasa JKDB Pekan Ranau yang diketuai Pengerusinya, Tan Eng Sing (tiga kanan) berusaha memasang bendera kawasan pekan Ranau.

RANAU: Jawatanuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Ranau kini sudah siap-selesai memasang lebih 60 bendera Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah di kawasan strategi pekan Ranau bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan Bulan Kemerdekaan 2022.

Jumalah bendera itu turut bertambah dengan usaha pihak Majlis Daerah Ranau(MDR) memasang ratusan  bendera Jalur Gemilang di sepanjang tepi  jalan raya.

Usaha itu menyemarakkan lagi suasana sambutan peserta  Konvoi Kembara Jalur Gemilang Jabatan Penerangan Malaysia Sabah dari Kota Kinabalu dijangka tiba di Ranau kira-kira jam 9.00 pagi,16 Ogos  ini di  perkarangan Urusetia Ranau.

Pembantu Menteri  kepada Ketua Menteri   Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, dijangka akan merasmikan program itu sebelum Walkabout dan penyerahan Bendera kepada premis-premis perniagaan pekan Ranau.

Justeru orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan suasana program tersebut bermula 8.30 pagi.

             .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN