25 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

Hampir 800 wanita UMNO Labuan hadiri Program Aspirasi Wanita Luar Biasa

BIRU…. Bashir ( tengah) bersama  ratusan wanita  UMNO yang hadir padaProgram Aspirasi Wanita Luar Biasa di  Markas Utama BN di kampung Sungai Lada.

LABUAN:Hampir 800 wanita  UMNO Bahagian Labuan menghadiri Program Aspirasi  Wanita  Luar Biasa  sempena Ceramah Mega Calon BN yang diadakan di Markas Utama UMNO/BN  Bahagian Labuan di Kampung Sungai Lada, malam tadi (Rabu).

Program yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian itu sekaligus memperlihatkan  sokongan kuat ahli UMNO khususnya kaum wanita terhadap calon  BN Datuk Bashir Haji  Alias untuk menang  dalam persaingan merebut Kerusi Parlimen P166 Labuan  pada PRU ke 15.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Labuan, Niswati Tarji berkata,  Wanita UMNO di semua peringkat Bahagian dan Cawangan tidak pernah merasa  patah semangat dalam melaksanakan aktiviti sepanjang kempen PRU ke 15  termasuk dalam menjayakan Program Aspirasi Wanita Luar Biasa.

“Wanita UMNO tidak pernah berputus asa atau patah semangat, malah akan berjuang habis-habisan membantu dan memastikan   calon BN, Datuk Bashir Alias menjadi pilihan rakyat Labuan untuk  dinobatkan sebagai Ahli Parlimen yang baharu” katanya ketika  menyampaikan ceramahnya pada program tersebut.

 Turut hadir untuk menyampaikan  ceramah pada program itu Ketua Wanita  UMNO Wilayah Persekutuan Senator Datuk Hajah Zurainah Musa dan Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusuf Haji Mahal.

Sementara itu, Datuk Bashir yang turut menyampaikan ucapan menzahirkan rasa terharu dengan kesungguhan gerak kerja Wanita UMNO yang telah berjaya melaksanakan program tersebut.

“Saya yakin dengan gerak kerja yang dilaksanakan oleh Wanita, pemuda, puteri serta ahli-ahli UMNO di semua peringkat… calon BN tidak menghadapi masalah besar untuk memenangi PRU kali ini” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN