30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan Miskin Tegar dan B40 di Labuan terus mendapat pembelaan kerajaan

GAMBAR:RITHUAN menyampaikan bantuan  peralatan enjin sangkut secara simbolik kepada salah seorang nelayan sambil diperhatikan Bashir (tengah)

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias berkata, golongan miskin tegar termasuk golongan B40 di pulau ini  akan terus mendapat pembelaan daripada kerajaan melalui Program  Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Malaysia merupakan agenda nasional dalam menjaga kebajikan  golongan miskin tegar khususnya dalam tempoh pemulihan ekonomi fasa Covid 19.

“Melalui program ini, kebajikan warga Wilayah Persekutuan Labuan khususnya golongan miskin tegar, miskin dan B40 akan terus menjadi keutamaan dalam menangani masalah miskin bandar ekoran kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Barangan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMPTKM) fasa 1 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Kampung Patau-Patau, dekat sini baru baru ini.

Bashir berkata,  Program pembasmian  Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia merupakan program bersepadu yang melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan jabatan-jabatan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, Perbadanan Labuan telah mengariskan tiga (3) program strategik bagi golongan yang produktif sepertimana yang digariskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah diamanahkan bagi menerajui Program Pembasmian Kemiskinan Tegar seluruh negara dengan sasaran sifar miskin tegar menjelang tahun 2025.

Sementara itu, majlis penyerahan bantuan  berupa peralatan nelayan (enjin Bot), perlatan perahu, peralatan jahitan dan peralatan komponen penyelengaraan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (MAKRO) Abu Zeid Mohd Arif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN