25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Disember 2, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

GAB Vet Kimanis muncul juara Bola Sepak Veteran Terbuka Labuan 2023

JUARA….pasukan GAB Vet Kimanis bersama hadiah yang dimenangi

LABUAN:Pasukan GAB Vet Kimanis  dari Papar Sabah muncul juara Pertandingan Bola Sepak Veteran Terbuka Labuan 2023 selepas menang tipis dengan Kudat Classic 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di padang Sintetik, di sini, pada Ahad.

Jaringankemenangan GAB Vet Kimanis dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka Mokthar Kadir pada minit 18 separuh masa pertama.

Dengan kemenangan itu, pasukan GAB Vet Kimanis membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 sebuah piala dan medal.

Manakala pasukan Kudat Classic yang terpaksa berpuas hati untuk   bergelar naib juara  membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sebuah piala dan medal.

Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Waru Sandakan dan pasukan Mixed Squad dari Negara Brunei Darussalam.

Selain muncul juara, dua pemain pasukan GAB Vet Kimanis turut dinobatkan sebagai pemain terbaik (Man of the Match final) dan penjaga gol terbaik yang masing masing dianugerahkan kepada Allan Rudy Fung @Rosli dan Bambang Eriawan.

Manakala pemain Complex FC dari Wilayah Persekutuan Labuan, Ismail Din Yaakob dinobat sebagai penjaring terbanyak sepanjang  pertandingan dengan jaringan  4 gol.

Sementara itu, pasukan B8 Vet Brunei dinobatkan sebagai pasukan Fairplay Team.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengarah Bakti Group, Datuk Dr Ramli Tahir.

Pertandingan yang disertai sebanyak 26 pasukan melibatkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Labuan selaku tuan tumah dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Kelab Bola sepak LAVESTA, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).

Hadir sama, Presiden LAFA, Sophian Said, Setiausaha Kehormat LAVESTA, Dul Alias dan Pegawai JBS, Olah Lima mewakili Pengarah JBS, Muhammad Syahffie Japri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN