25 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 27, 2022
ADVERTISEMENTspot_img

BN Terima Dan Hormat Keputusan Rakyat, Zahid Hamidi Sedia Letak Jawatan Demi Kerajaan Stabil

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menyatakan komitmen untuk menjadi jambatan bagi mengukuhkan hubungan antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, BN turut menerima dan menghormati keputusan rakyat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“BN menganggap bahawa keputusan PRU15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap kami.

“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan stabil dapat diwujudkan selain bersedia mengenepikan perbedaan sentimen sebelum ini,” jelasnya.

Katanya, pada masa sama, BN akan terus memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti terutama sekali dalam menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN