32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Biro Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah dibentuk: Yazid

Sebaagian Ahli Jawatankuasa Masjid yang hadir semarang mesyuarat pembentukan biro-biro.and Kelihatan Pengerusi Masjid Haji Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles ( duduk tiga dari kanan )

KENINGAU:Tujuh biro Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor telah dibentuk dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Masjid itu baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Masjid Haji Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

Biro-biro yang dibentuk ialah Biro Pendidikan dan Dakwah yang diketuai oleh Encik Sanali Masrun, Biro Aset dan Prasarana diketuai oleh Timbalan Pengerusi Encik Kamarudin Said, Biro Keselamatan diketuai oleh Encik Jasri @ Uyak Jair, Biro Kebajikan dan Sosial diketuai oleh Encik Dani @ Johari Richard dan dibantu Puan Laila Bikolos.

Pengerusi Masjid Hj Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles pula mengetuai Biro Pembangunan dan Ekonomi dibantu Encik Nordin Zainudin, Biro Kebersihan dan Keceriaan diketuai oleh Encik Adam Iskandar dan Biro Pengurusan Jenazah pula diketuai oleh Encik Rozan Richard Basir @ Suwinto.

Setiausaha Encik Sabreh Kallam berkata Biro Belia dan Helwa sebelum ini diwujudkan, sekarang ini dibawah Biro Pendidikan dan Dakwah.

Menurut Sabreh, Pengerusi Masjid meminta semua biro membentuk ahli jawatankuasa masing masing.

Katanya, biro-biro adalah dikehendaki merancangan dan menyediakan program-program dan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2023.

Sementara itu Haji Yazid dalam ucapannya semasa mempengerusikan mesyuarat itu menekankan setiap ahli jemaah perlu melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang diadakan oleh biro-biro dan jawatankuasa induk.

Beliau merayu kepada semua masyarakat Islam di sekitar Pekan Bingkor agar bekerjasama dan merapatkan hubungan yang sedia terjalin selama ini.

Haji Yazid juga mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan menunaikan ibadah puasa yang menjelang beberapa hari lagi kepada semua masyarkat Islam di kawasan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN