29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 28, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Bekas Miss Ukraine angkat senjata lawan tentera Rusia

ANASTASIIA Lenna lengkap berpakaian tentera dan bersenjata ketika bersiap sedia menentang kemaraan tentera Rusia di Kiev petang semalam. – Instagram

KIEV – Bekas ratu cantik Ukraine menjadi salah seorang daripada ratusan penduduk tempatan yang mengangkat senjata untuk menentang pencerobohan tentera Rusia di Kiev dengan imej satelit menunjukkan tentera Presiden Vladimir Putin sedang mengepung ibu kota Ukraine berkenaan, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Anastasiia Lenna, 31, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik kebangsaan 2015 itu mendapat perhatian netizen selepas memuat naik gambarnya berpakaian tentera di laman Instagram.

Imej tular itu dimuat naik ketika ratusan rakyat Ukraine beratur untuk mendapatkan senjata api di Kiev. Tentera Ukraine menjangkakan satu lagi serangan tentera Rusia akan dilancarkan petang semalam.

Lenna yang bekerja sebagai pengurus perhubungan awam di Turki itu memuat naik gambar berkenaan bersama-sama dua hashtag, ‘berdiri bersama Ukraine’ dan ‘Jangan ganggu Ukraine’.


Ini bukan kali pertama Lenna memuat naik gambarnya memegang senapang. Sebelum ini, Lenna pernah memuat naik hantaran yang menunjukkan sesi latihan bersenjatanya di kawasan berhutan dan tempat latihan dalaman.


Bukan itu sahaja, seorang lelaki yang memakai kaki palsu dan pasangan muda yang baru berkahwin turut menyertai kumpulan sukarelawan.

Selama berminggu-minggu, rakyat biasa di seluruh Ukraine menerima latihan asas pertempuran dalam pelbagai aspek termasuk mengendalikan senjata dan melempar bom tangan. – Agensi 

Sumber: KOSMO!

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN