27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 26, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli parti perlu fokus terhadap kekuatan bagi menarik lebih banyak sokongan.

APA KHABAR …. Jahid menyantuni ahli PBS yang hadir ke Seminar Ekonomi dan Jelajah Presiden PBS Zon Utara, di Dewan Komuniti Kota Marudu, dekat sini hari ini.

KOTA MARUDU: Ahli parti perlu fokus terhadap kekuatan bagi menarik lebih banyak sokongan dan keyakinan rakyat kepada parti bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim, berkata, semua jentera parti sama ada di peringkat akar umbi mahu pun peringkat tertinggi perlu bekerjasama dalam membuktikan kerja keras mereka bagi meneruskan keperkasaan parti untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.

“Marilah kita perkuatkan dalaman parti, , kekalkan persefahaman dan kesatuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Ekonomi dan Jelajah Presiden PBS Zon Utara, di Dewan Komuniti Kota Marudu, dekat sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden, Datuk Johnny Mositun, Ketua Penerangan PBS, Datuk Julita Majungki, Timbalan Setiausaha, Hendrus Anding, Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBS, Christoper Mandut, para Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS, Ketua-Ketua Bahagian, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) dari beberapa Bahagian di Zon Utara.

Katanya, selagi ahli serta para pemimpin parti berpegang kepada semangat bersatu yang sedia tertanam, tiada yang mustahil untuk mendapat hasil lebih baik selepas ini.

“Dengan demikian, di saat rakyat ingin melihat sebuah parti yang berintegriti dan berkredibiliti, kita sudah siap sedia untuk menjadi pilihan rakyat,” katanya.

Jahid yang juga Ketua PBS Bahagian Tamparuli, berkata, rakyat kini sedang melihat mana-mana parti dan pemimpin yang boleh dipercayai, kerana mereka lebih cenderung untuk melihat Sabah agar sama seperti apa yang berlaku di Sarawak.

Bercakap mengenai seminar berkenaan, beliau yang merupakan Pengerusi Pelaksana Seminar Zon Peringkat Pusat, berkata, menerusi seminar itu semua persoalan, pandangan dan cadangan juga akan diambil kira oleh peringkat kepimpinan pusat.

“Justeru, semua ahli perlu mengambil peluang menimba ilmu melalui seminar ini,” katanya.

Beliau turut berharap para ahli dapat memperkuatkan parti agar terus kukuh dan teguh bagi melaksanakan perjuangan parti berkenaan.

Antara lain yang disentuh sepanjang program tersebut termasuklah sejarah mengenai PBS, serta berkongsi pandangan menghadapi cabaran-cabaran dunia maya serta membina kekuatan politik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN